Setelah dihentam dan dikritik secara bertubi tubi serta paksa rela, blog ini ditubuhkan untuk membalas serangan serangan berformat kritis tak kena tempat seperti
"Hashtag Acap Hambar"
"Musibat tak kelakor tahu?"
Meskipun dunia sudah pun nyaris nyaris kiamat apabila aku mengulangtayang lawak kumpulan Sepahtu (dengan persembahan yang cukup tragis) di mata kaum Melayu UiTM Lendu, ini tidak mematahkan semangat aku untuk menempa nama di laman Wikipedia dan menjadi extra dalam muzik video Seratus Persen nyanyian Ramlah Ram arahan pengarah tersohor Ahmad Idham. Sebagai Presiden Kelab Musibat Kampung DUN Alor Gajah, pencapaian receh dan remeh inilah akan dipandang tinggi oleh komuniti masyarakat mapan Kampung Lendu.