Saturday, 23 August 2014

Festival Filem Bikin Rabak

Penonton semasa giliran tayangan filem Detensi.
Hai. Assalamualaikum. Whatcha doooin?

Pertama sekali aku nak kaborkan yang azab dunia yang agak berat aku pikul selama dua tiga minggu ini telah pun selesai menemui kuburnya. Sedia maklum, aku secara bidan terjun telah dilantik menjadi ketua projek bagi Festival Filem Pendek Islamik (ISFAL: Islamic Shortfilm Festival) Peringkat UiTM Alor Gajah. 

Walaupun ramai yang berpendapat bahawa ketua perlu duduk dengan tenang dan mengarah anak anak buah, aku terpaksa mengambil pendekatan secara holistik yakni menjadi bidan terjun (sekali lagi) menyelesaikan perihal teknikal, publisiti, makanan, protokol, tentatif dan sebagainya. Alhamdulillah, dibantu oleh team yang sangat konsisten dan praktikal, segala masalah masalah seperti wang ringgit, tempoh masa, dan hal hal pejabat mampu diselesaikan dengan baik.


Tuesday, 12 August 2014

Trivia : Detensi


Shalom Aleichem! Bagaimana keadaan anda selepas memboikot restoran makanan segera selama lebih dua minggu ni? Sihat? Alhamdulillah. Tak Sihat? Engko ni yahudi ke macam mana? Kehkehkeh. Kalau engkorang ada mengikuti saya di laman pencicip ; @AshraffMokhtar mesti korang dah tahu aku sudah bertungkus lumus menyiapkan filem pendek sulung aku ni.

Selepas selesai proses pra produksi, penggambaran dan suntingan, aku dapati yang filem pendek aku ni boleh tahan tahap kehambaran dia. I can do better than this. Nanti aku cerita kenapa filem pendek Detensi tidak melepasi piawaian dan kehendak aku. Macam mintak penampor Ahmad Deham pun iya juga.