Saturday, 23 August 2014

Festival Filem Bikin Rabak

Penonton semasa giliran tayangan filem Detensi.
Hai. Assalamualaikum. Whatcha doooin?

Pertama sekali aku nak kaborkan yang azab dunia yang agak berat aku pikul selama dua tiga minggu ini telah pun selesai menemui kuburnya. Sedia maklum, aku secara bidan terjun telah dilantik menjadi ketua projek bagi Festival Filem Pendek Islamik (ISFAL: Islamic Shortfilm Festival) Peringkat UiTM Alor Gajah. 

Walaupun ramai yang berpendapat bahawa ketua perlu duduk dengan tenang dan mengarah anak anak buah, aku terpaksa mengambil pendekatan secara holistik yakni menjadi bidan terjun (sekali lagi) menyelesaikan perihal teknikal, publisiti, makanan, protokol, tentatif dan sebagainya. Alhamdulillah, dibantu oleh team yang sangat konsisten dan praktikal, segala masalah masalah seperti wang ringgit, tempoh masa, dan hal hal pejabat mampu diselesaikan dengan baik.



Team ISFAL 2014 yang porenjes bersama Ketua Projeknya yang berdahi luas.

Walaupun pada zahirnya, nampak anugerah yang dianjurkan agak serabut dari segi penyediaan, teknikal dan sebagainya, percayalah yang apa yang anda lihat semasa anugerah berlangsung adalah yang terbaik boleh kami berikan. Kami tidak diberi ruang untuk membuat raptai penuh, raptai separuh penuh waima raptai suku penuh sekalipun.

Tapi saya tak salahkan audiens kalau audiens rasa agak berserabut. Sebab saya pun rasa benda yang sama. Cuma itu apa yang kami mampu lakukan. Jadi untuk menerangkan dengan lebih lanjut apa yang berlaku disebalik tabir Islamic Shortfilm Festival 2014 tempoh hari,

TRIVIA TIME!

1. Kami diberitahu yang bajet kami dipotong lebih dari 70% hanya empat hari sebelum majlis anugerah bermula. Penstrukturan semula perlu dibuat untuk mengikut bajet yang diberikan pihak UiTM.

2. Masalah teknikal yang berlaku pada awal program anugerah adalah disebabkan saya dan biro teknikal tidak mendapat masa yang cukup untuk buat double check dan juga rehearsal. Well... basically aku la clumsy lupa nak letak lagu Negaraku dalam laptop (yang bikin satu dewan merengek.)

3. Keputusan penuh hanya diketahui pada sebelah pagi hari festival filem.

4. Yang dijadualkan di dalam tentatif, hanya Dr. Rani (Timbalan Rektor) sahaja yang akan hadir mewakili Rektor yang tidak dapat hadir. Apa yang berlaku, 10 minit sebelum acara bermula, KEDUA DUANYA HADIR. Rare gila tak pernah dibuat mana mana event dua dua nak datang.

5. Untuk keputusan Anugerah Best Dress, keputusan hanya dibaca melalui Whatsapp diatas pentas. Saya sebagai penyampai hadiah terpaksa mengarut entah hapa hapa sebab nak drag masa menunggu biro lain whatsapp keputusan. LOL.

6. Team Medina yang mengemas booth di penghujung anugerah ISFAL buat kami nampak huru hara. Tapi tak apa lah, nak buat macam mana. Senior kan. Letup letup belon masa rektor bagi hadiah, apa ada hal? Senior kan?

Tapi overall, semua berjalan dengan lancar. Walaupun ada yang kecewa sebab filem mereka tak dapat dicalonkan dan menang mana mana anugerah, kami cuma nak cakap kami tak biased. Memang semua itu dari juri.

On the other hand,

DETENSI DAPAT NOMBOR DUA!

Team produksi Detensi bersama hadiah kecik toet.

No comments:

Post a Comment