Woi! Woi! Ape kabor?! Aku perati blog aku ni macam kena sekatan bersuara oleh Kim Jong-Un dah. Okay sudah sudahlah mengarut. Semalam aku pergi ke Laman Seni 2 untuk menghadiri BorakBorak : Creative Talk yang dianjurkan oleh MBSA. (aku dah tau duit saman parking aku ke mana. Ada dalam poket aku lah aku mana pernah bayar saman!)
Antara karyawan (eceh!) yang datang dan aku look forward nak berjumpa ialah Salammusik, Pitahati dan Takahara Suiko yang naik basikal galas gitar balik rumah gelap gelap semalam. Juga, Nik Amir Mustapha (Pengarah KIL), Redza Minhat (Gigi besi Pisau Cukur) dan Tuan Faisal (Producer Terbaik Dari Langit) yang datang untuk mempromosikan filem terbaru diorang, Terbaik Dari Langit.
Aku datang awal, pukul 8 dah terpacak dekat front seat tunggu program start. Rupanya, janji melayu. 8.30 malam tak mula lagi eventnya. Aku dah kematu. Dah la spender ni asyik buat aku salah parking. Tak apa, aku gagahkan juga. Benda macam ni sekali sekala aje.Takahara Suiko rilek menipu kata dah lama tak perform solo. Aku baru je jumpa dia 10 hari lepas dia perform solo. Kahkahkah. |
Salammusik! Bukan main power rangers lagi lagu Terima Kasih tu. |
Aku malas la nak tulis panjang panjang. Senang cerita semua orang atas pentas tu memang kasi gamat satu lorong. Pandai pandailah korang search dekat youtube lain kali.
Lepas dah settle performance semua, bermulalah talk yang dinanti nantikan. Talk tentang senario filem tempatan. Pada yang minat filem Terbaik Dari Langit, rugi la engkorang tak datang! Diorang bocorkan sikit scene dalam filem Terbaik Dari Langit yang keluar Disember ni.
Redza Minhat gigih jawab soalan aku yang tak relevan. |
Team Playground Pictures tiga orang ni (Redza Minhat, Nik Amir, Tuan Faisal) mulalah menggoreng hujah dan syarahan untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku dalam industri filem malaysia. Its true, not easy actually untuk buat filem di Malaysia. But they actually made it. KIL dibikin dengan kekangan bajet yang dasyat.
Lepas tu, diorang buka sesi soal jawab. Aku dah nak angkat tangan dah. Tapi kepala hotak aku tengah berpusing nak bina ayat. Soalan pertama dijawab.... soalan kedua.... soalan ketiga.... OKAY LAST QUESTION! Aku gagahkan jugak angkat tangan, walaupun nervous ni nak tanya di khalayak ramai. Lol.
"Katakanlah Terbaik Dari Langit berjaya collect macam The Journey (which is impossible), adakah filem macam ni akan jadi trend di masa akan datang?"
Hah. Bukan main menggeletar lagi. Kahkahkah. Jawapan dia nanti kau cari dekat mana mana.
Soalan aku kira ending lah untuk sesi talk diorang. Gitu. Lepas tu aku terus ke belakang pentas nak jumpa Redza.
Aku sampai dulu, tapi aku rilek. Dekat 15 minit juga aku rilek. Aku siap tolong diorang ni tangkap gambar lagi. Kahkahkah. Bukan main tenang aku ni. Takahara Suiko yang main lagu Tenangkan Bontot Anda tu pun boleh panik tengok aku bertenang macam ni aku rasa. Kah!
Then finally,
Muka "finally we met!" gua. Kahkahkah! |
Kau cakap je la aku lagi kacak dari Redza Minhat.
Kau cakap je. Takyah la malu.
p/s: Kitorang memang kenal through twitter. Follow dia dekat twitter, wise tweets everyday! @rdzaminhat
No comments:
Post a Comment