Monday, 1 December 2014

390 Meter Paras Kotaraya.


Whaddup readers! Assalamualaikum! Aku tak berapa nak ada mood nak menulis sangat ni. Tapi kalau nak tunggu ada mood, anak dah masuk tingkatan tiga barangkali.

Kalau ada anak. Lewl.

Baru baru ni aku ada pergi melempiaskan nafsu serakah aku yang membuak buak untuk melihat kotaraya kolumpo dari pandangan yang lebih tinggi. Tapi mana ada duit nak naik helikopter kan? Jadi aku pergilah ke KLCC Observation Deck (Tingkat 86).


Aku malaslah nak cerita cara cara nak beli tiket dia. Korang pandai pandailah Google. Tapi tips dia jangan lupa bawa Student Card kalau nak potongan harga. Beratur pukul 8 pagi sebab pukul 9 pagi tiket dah sold out.


Aku peratikan yang Kuala Lumpur ni sebenarnya cantik juga. Bandor ini pesat membangun tanpa sebarang pelan yang khusus untuk menaiktaraf kehidupan penghuni penghuninya yang kini mencecah tiga juta setakat aku tulis. Belum lagi dicampur pendatang asing pencuci pinggan di foodcourt dan pelancong dari timur tengah yang membanjiri.

Aku terfikir juga, berapa ramai antara rakyat kita yang sudah merasai pengalaman berdiri di tingkat teratas menara berkembar tertinggi di dunia (yang bakal dipotong oleh Emirates Arab Bersatu tidak lama lagi) ini? Bila kita ke Paris, sibuk nak naik Eiffle Tower. Bila kita ke Sydney, sibuk nak naik Sydney Eye Tower. Nak aku sambung dengan Namsan Tower di Korea? Tak perlulah kot.

Melihat tiada lagi tanah tanah lapang untuk anak anak kota main rounders dan baling selipar, ia agak sedikit mengganggu fikiran aku. Iyalah, mana aku nak cari duit belikan anak aku iPad seorang sebiji nanti? Main baling selipar tak perlu keluar modal pun! 

Kahkahkah.

Eh aku cerita pasal apa tadi? 

Ha!


Perginya aku ke Observation Deck dan Skybridge KLCC ini sebenarnya dah dirancang hampir setahun yang lepas. Pada tahun 2013, Aku merancang untuk cuba cuba makan pil perancang (maaf hambar. kahkahkah) dengan kawan aku, Maryam yang kini melanjutkan pengajian di sebuah IPTA tajaan MARA.

Sudahnya setahun pelan Rancangan Malaysia ke 29 itu tertangguh. Biasalah, macam manifesto Pro Aspirasi di UiTM yang menjanjikan Wifi Percuma di kolej. Punca tertangguhnya pelan ini adalah sebab kami tidak ke institusi yang mempunyai cuti semester yang sama tempoh dan waktunya. Buat pertama kalinya, kami menemui masa yang sesuai.


Aku sarankan engkorang semua pergi melawat KLCC sebagai seorang pelancong sekali sekala. Tapi jangan usung DSLR macam aku. Malu siot. Macam budak konon lepak Pavilion yang hanya mampu ke Pavilion untuk menonton wayang dan lepak di tepi tangga sahaja.

Nasib baik muka aku seperti seorang warga Mexico yang sesat di bumi anbiya Malaysia. Bukan aku cakap, tapi brader yang jual tiket tu suruh aku tunjuk kad pengenalan masa beli tiket. Katanya sebab aku makan Mister Potato.

Lame acap, LAME!

No comments:

Post a Comment