Monday, 29 December 2014

Konotasi Industri Filem : Terbaik Dari Langit



Salam sejahtera ke atas kamu! Sihatlah hendaknya musim musim banjir ni ya? Seminggu yang lepas ni kalau engkorang ada follow aku di twitter, dapatlah tengok aku mempromosikan filem Terbaik Dari Langit secara excessive dan melampau. Percayalah satu sen pun aku tak dapat daripada semua itu.

Kecuali yang tweet #Xpax dan Celcom tu, ha yang tu ada bayaran. Kahkahkah.

Hari Isnin (22/12/14) yang lepas aku dapat dua tiket yang aku tebus dari Astro Circle untuk menonton tayangan perdana Terbaik Dari Langit. Memang dah lama sangat aku teringin nak tengok cerita ni sebab yang mengarahnya Nik Amir Mustapha, pengarah filem KIL (2013), penulis skripnya Redza Minhat dan Pelakonnya, Bront Palarae. Come on weh, Bront kot? Takkan nak tunggu DVD?


Aku sangat sangat puas hati dengan Terbaik Dari Langit baik dari segi jalan cerita, lakonan, teknikal dan mesej mesejnya. "Meresap, berdengung dalam kepala" bak kata Ijam Ashburn (lakonan Iedil Putra). Inilah filem yang sepatutnya kita beramai ramai pergi tonton dengan kawan kawan, dengan keluarga! Sebab filem ni tak perlukan awek seksi dan innuendo seksual pun untuk bergerak! Jadi, selamat untuk ditonton semua orang!

Aku malas nak review filem ni dekat blog, sebab aku dah buat review dekat YouTube aku. Alhamdulillah setakat yang aku tulis ni, 350 orang dah tonton video tu. Aku cuma nak cakap yang kita perlu tonton filem ini selagi mana ia berada di panggung.

And that is the whole point of this entry.


And of course, nak show off aku selfie dengan hampir kesemua barisan pelakon Terbaik Dari Langit. Kahkahkah Kecuali Amerul Affandi (watak Toyu). It was really fun to actually meet them and talk about the film, congratulate them on their effort. 

"that is the whole point" konon. ptuih!

Pergilah tonton filem ini, anggaplah membeli tiket filem ini seolah satu investment kecil untuk industri filem kita yang sudah tenat dan tidak lagi dipercayai penontonnya sendiri. Bayangkan, orang local taknak tengok filem local. Habis siapa nak tengok filem local? Bangla kontrak?

Aku harap sangat filem ni dapat sambutan lebih dari filem filem lain supaya filem filem sejenis ini pula akan diproduce lebih banyak dan menutup cela cela rempit, hantu, gangster dan lawak bodoh dalam industri kita. Baik filem, baik orangnya.

Aku dah tonton dua kali, tapi dua dua aku tak bayar, dua dua tiket free. Satu Astro bagi, satu lagi Redza Minhat belanja (serious aku tak tipu. Kahkahkah) so thanks man! Tapi esok aku akan tengok sekali lagi dan kali ini aku akan heret kawan kawan aku yang skeptik dengan filem ni sekali ke panggung. Ha kali ni aku bayar. Lol.

Bila last kau tengok orang tepuk tangan lepas movie habis? Bila last? Tengok video untuk tahu lebih lanjut.

Tontonlah filem tempatan. Wayang siapa kalau bukan wayang kita ;)


No comments:

Post a Comment