Wednesday, 11 March 2015

Perihal AJL29 : Teori Kemenangan

Muka "Qu Puteh baru le puteh"

Aku tak faham juga kenapa post ni lambat aku tulis.

Dua bulan lepas (pergh baru nak tulis blog ke siut) aku ada la pergi ke majlis yang lagha lagi memaksiatkan paling dinanti - nanti peminat industri muzik mainstream tanah air, Anugerah Juara Lagu yang dah masuk penganjuran kali yang 29 tahun ni. 

Alkisahnya aku dekat Lendu, tengah makan nasi. Tiba tiba nampak @Nisa_Kay tuit, "Ada lagi tiket free ni. Siapa nak?". Sebab aku kenal secara alam mayonis (baca: maya) je dengan Nisa Kay, aku pun gurau gurau lah kabor ke dia, aku nak tiket tu. Sudahnya, tengah tengah buang air tiba tiba rasa gian nak bawak kereta ke Kuala Lumpur, apa lagi, aku bawak lah tenggiling besi aku tu dengan speed 170km/j sampai ke Bukit Jalil.


Ini bukanlah kali pertama aku datang menonton AJL secara langsung, dua tahun lepas, masa Yuna buat perangai tak tentu hala dia pecat Uji Rashid dari menggantikan beliau dulu. Jadi tak adalah aku jakun benar dengan perkara perkara sebegini.

Aku ada rasa nak turun stage lempang Najwa Mahiaddin masa ni. Jahanam lagu Yuna.

Pada aku, AJL29 antara edisi penganjuran Anugerah Juara Lagu yang paling best dan power dari segi persembahan yang semua orang pernah tengok. Finally, AJL edisi ke-24 (Meet Uncle Hussein muncul juara) dikalahkan! Cuma macam biasa, tiap tiap tahun pun isu sama, result macam cilake.

Walaupun sponsor yang dipilih TV3, Qu Puteh macam bangang, aku memang dah bersedia mental dan fizikal sebab aku dah tonton Gegarvaganza selama 8 minggu sebelum AJL. Inilah satu satunya advertising method yang paling bodoh bangang bingai bengap dan annoying kau bakal tonton. Qu Puteh. Aku harap dia di ban dari menyeponser mana mana majlis anugerah.

Standing ovation edisi "dia buta suara sedap so bangun je la"

Mari kita buat breakdown keputusan AJL29 tempohari dengan teori kenapa mereka menerima anugerah tersebut.

Persembahan Terbaik : Mojo ft. Caliph Buskers - Romancinta

Macam biasa. Persembahan terbaik memang biasa menjadi satu anugerah simpati dalam AJL. Sebuah anugerah berbentuk undian daripada penonton (katanya). Seperti mana tak mahu menghampakan peminat lagu deep nak mampus Malique - Teman Pengganti dua tahun yang lepas, Romancinta pula diangkat menjadi juara kerana tiada tempat sebenarnya lagu ini untuk memenangi lagu terbaik. Tapi sebab ada Caliph Buskers, tak apa lah. Bagi ke diorang lah.

Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga

Takhta Vokal Terbaik dirampas daripada Hafiz yang dah pun menang trofi ni tiga tahun berturut turut. Menurut Dato' Mokhzani Mokhtar (Juri AJL), saingan terdekat adalah Aisyah - Percayalah. Dayang perlu menang benda alah vokal terbaik ni sebab memang vokal dia terbaik. Dan lagi satu, dia tak jadi Juara AJL tahun ini. So, kira kasi sedap hati la, Kau menang tempat ketiga + vokal terbaik dah kira power.

Tempat Ketiga : Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga

Tempat ketiga biasanya tak dimenangi oleh lagu lagu yang menonjol seperti Di Pintu Syurga. Kalau tahun lepas, kita dapat tengok Kalau Aku Kaya dapat pegang tempat ni. Macam aku cakap tadi, Dia tak boleh bagi Dayang trofi juara. So tempat ketiga adalah damage control paling ideal.

Tempat Kedua : Shila Mezah - Masih Ku Cinta

Kemenangan yang tak diredhoi seluruh masyarakat Malaysia kecuali Shilalas. Apa kebendanya lagu simple nak mampus macam ni boleh menang. Bukan markah untuk lirik tinggi ke? See. Politics. Shila Amzah punyai fanbase yang luas, artis international lagi, terkenal di Shang Hai dan seluruh China. Kalau tak menang, nanti keluar statement "Shila Amzah tak dihargai di Malaysia" seperti mana Yuna yang kalah semasa menandingi lagu Penakut dan Gadis Semasa 4 tahun yang lepas.

Juara Lagu : SonaOne & Joe Flizzow - Apa Khabar

Korang tahu tak apa alasan juri angkat lagu ni sebagai Juara Lagu? "KELAINAN DALAM INDUSTRI". Mengaku je lah, lagu ni hanya menang Juara just sebab AIM21 iktiraf lagu ni dengan 9 trofi. Anda kena tahu, Dayang tak ada Album tahun lepas. Don't you think she will win last year kalau dia ada Album? Of course she will. Politics.

Sekian rant saya. AJL boleh ditonton, tapi tak usahlah diiktiraf.


No comments:

Post a Comment