Monday, 6 April 2015

Perihal Gig Setempat.


Ola mi amor! Riang hatiku badan bertuah! Punya teman yang comel dan manja! Haaaa kanmain gembira aku sambil menulis entri sambil dengar Seleksi Hits Sudirman Haji Arshad. Bukan bukan juga feeling dia menulis blog di musim peperiksaan akhir ni. Naik syeh oi. 

Oooorang biasa! Baaaasikal tua! 

Kelmarin, aku ada pergi menonton gig indie. Aku budak mainstream mana lah layan benda benda gig ni sangat. Pelik juga feeling dia bila aku sanggup merelakan diri untuk pergi ke tempat tempat penuh maksiat sebegitu untuk menyelami jiwa muda mudi rakyat Melaka yang bersifat alternatif dan indie


Sama ada gig semua macam gini, atau pun memang gig yang ini je berjanji macam orang melayu. Dekat flyers tulis pukul 7:30 malam, startnya pukul 9 malam. Ajegilenya kesian budak budak punk dok lepak tepi tangga dekat dua jam tak pikir pasal solat fardhu maghrib ha. Sanggup menunggu semata mata nak tengok gig metal tak tentu hala. Pebende lah genre metal ni. Aku tengok yang datang pulak tak ada lah muka muka rosak akhlak sangat.


Nerd nerd pakai cermin mata gigi berbraces pun selamba datang memeriahkan majlis lagu lagu hardcore yang tak tentu hala sambil menggerakkan kepala ke depan dan ke belakang sejauh 10 darjah. Okay.... Aku rilek lagi. Gua lepak tepi la pasal gua peduli apa benda benda gini. Sekali datang setan dia boleh bantai mosh pula dalam bilik tak ber aircond tak berkipas tu? Pergh aku hanya terpegun melihat aksi belia melaka bermoshing langgar kawan kawan sambil nyanyi lagu tak tentu hala. Lagu ada 7, tiap tiap lagu ada tajuk. Tapi lirik dia semua sama. 

"WARGGHHYARGH! DERAPAAAGGHHHHARGH! WUARRRGHH!" 

Pebende? Yang nerd nerd muka terpelajar tadi pun turut serta. Aku juga yang masih rilek duduk di bucu bilik macam wartawan mastika melawat hotspot maksiat. Kahkahkah. Tak blend in langsung! Ye lah aku datang gig sorang sorang aku nak berborak dengan siapa? Baju aku pakai pulak tak berapa ganas.


Yang sebenarnya aku datang ke gig gig sebegini adalah untuk menonton The Venopian Solitude yang sedang giat mempromosikan album dan lagu lagu power Hikayat Perawan Majnun dalam satu tour seluruh Malaysia yang diberi nama #RombonganNonaGila dan pengakhiran tournya adalah di Cheng, Melaka. Sebagai seorang penyokong band yang power dan padu, aku peduli apa dengan paper exam yang seterusnya (sehari selepas gig)? Gig lagi penting dari exam yang lebih bersifat duniawi nih! Kahkahkah. 

Takda la. 

Mak, kalau mak baca, jangan risau mak. Angah dah stadi awal awal dan paper tu pun telah dijawab dengan cemerlang gemilang terbilang, lebih gemilang dari jumlah keseluruhan hutang 1MDB. 

Aku memang tak berapa minat datang tempat tempat begini. Dah la tiket RM15. Tapi untuk secebis hiburan yang berkualiti apa salahnya kan? Cumanya bukanlah makanan aku tempat tempat yang hiruk pikuk sebegini. Tengok konsert adalah benda yang paling aku benci kalau venue tak menjanjikan tempat duduk dan penontonnya tak tentu hala sifatnya. Tapi sebab band power, aku datang!



Kena kental sikit rupanya nak tengok gig ni. Bukan sahaja tak ada lubang udara yang boleh bikin sesak nafas, juga tiada aircond dan kipas. Kalau jenis ada athma tu tak payah la pergi. Tak tentu hala juga feeling dia tengok show panas panas. Yang perform tu lagi la sikit hari boleh tumbang tu. Bayar RM15, AIRCOND PUN TAKDE! Tapi gua salute ah yang mosh tu. Gila ke panas panas tu mosh

Kalau mati tak ke tak meninggal dalam iman namanya tu?

No comments:

Post a Comment