
Salam sejahtera dan Salam 106Malaysia! Minggu lepas, berbekalkan bil akaun Astro ayah yang kini aktif untuk tahun ke 17 (Mula melanggan pada tahun 1998), aku telah menebus dosa empat tiket untuk menonton teater "Baik Punya Cilok", sebuah filem arahan Afdlin Shauki dan kroninya yang diterbitkan pada tahun 2005.
Aku ingat lagi dulu masa kecik kecik, ayah bawak balik VCD Baik Punya Cilok. Bukan main dasyat lagi cerita tu, sampai calar balar CD tu aku dok replay dekat VCD player ayah. Kahkahkah. Signifikannya, bekas VCD original untuk filem ni akan lonjong sedikit daripada bekas filem filem lain. Entah apa trendnya masa tu, VCD nasyid pun sama, panjang melonjong sikit daripada bekas biasa.
Kalau diambil kira trend masa tu, memang bodoh dan tak praktikal juga sebenarnya. Tak muat lah rak CD ayah tu.

Aku memang excited gila nak tengok sebab aku rasa selepas filem Papadom, ini filem Afdlin Shauki yang paling seronok untuk ditonton. First, sebab jarang ada cerita komedi jenayah dekat Malaysia. Second, sebab lawak dia lain sikit daripada filem filem komedi biasa.
Siap ada extra feature, Tukang karut yang bercakap dalam bahasa kelantan untuk menggerakkan cerita.
Aku boleh cakap untuk versi teater, adalah updated version untuk filem Baik Punya Cilok. Diselitkan isu isu semasa macam dialog dialog witty tentang hudud dan novel novel siri "Suamiku...". Jenakanya agak minimal, mungkin sebab ini adalah teater. Bukan filem yang kalau tak sampai kau boleh shoot balik lagi sekali. Kecuali AC Mizal, team Baik Punya Cilok yang lain kurang menyerlah dalam menyampaikan komedi.
AC Mizal ni, dia buat apa pun, lawak gila. Aku dapat tahu setiap show akan dapat lawak yang berbeza dan memang perangainya memang begitu apabila berkaitan dengan punchline. Aku teringat Behind The Scene filem Apa Kata Hati (2008) yang tunjuk every bloopers untuk scene AC Mizal jadi Bomoh. Memang, tiap tiap shot lain lawaknya. Kahkahkah.
Mungkin sebab yang datang menonton di Istana Budaya bukanlah golongan mat mat rempit dan kutu kutu, lawak lawaknya diterima baik dengan ketawa yang sangat dasyat. "Itu pasal saya banyak suka Kelantan, sana buleh potong tangan potong kaki" kata Uncle Wong (Lakonan Kin Wah) merujuk kepada Hudud.

Tukang karut untuk setiap scene honestly agak annoying untuk versi teater. Dengan bahasa yang tidak diadun dengan baik seperti dalam filem, tiada ritma, dia hilang seni dekat situ. Tapi kau expect apa, ini teater komedi!
Aku terganggu sebab aku duduk Upper Circle yang memang haru juga sound dia. Tak jelas. Lebih lagi bila scene muzikal dengan lirik yang agak complicated untuk difahami. Mungkin kalau masalah akustik (yang tak sepatutnya berlaku di pentas IB) dapat ditangani, aku akan lebih enjoy persembahan yang agak penat untuk ditonton ini.
Overall, fine. Enjoyable, laughable. But if you asked me, I wont spend my money on this. Nasib baik tiket free. Kahkahkah.
Overall, fine. Enjoyable, laughable. But if you asked me, I wont spend my money on this. Nasib baik tiket free. Kahkahkah.

Lupa nak bagitahu, ini first time aku datang Istana Budaya. Damn, sempit siot legroom. Ditambah pula dengan hijabster di sebelah memanjang nak pergi jamban. Sakit hati juga. Kerusi pulak macam nak patah. Aiyoo kalau aku bayar ni dah mengamuk ni.
No comments:
Post a Comment