Monday, 4 May 2015

Melepak di Konti Era


Assalamualaikum dunia blog yang kian sepi dilambung ombak tsunami! Lets make it short, pagi tadi, selepas discussion berkenaan dengan satu kempen media sosial yang telah pun aku tolak mentah mentah kerana aku tak mampu untuk duduk bertweet selama beberapa minggu dengan konsisten (itu datang dari tahi twitter; aku), aku telah pun ke pusat pengurusan sebuah organisasi yang kian dibenci orang ramai kerana meletakkan harga sesuka suki mak bapak dan anak jiran sebelahnya untuk langganan siaran premium.

Ya! Astro lah tu! Apa benda lagi yang dibenci rakyat Malaysia marcapada kini?


Kahkahkah.

Alkisahnya, aku diberi peluang untuk melepak di konti selama sejam setengah sambil bertanyakan perihal teknikal dan hal ehwal seorang penyampai radio bersama Cik Hani Fadzil (pemenang Penyampai Top Malaysia tempohari) yang aku tengok sungguh kesian kena bekerja di Hari Wesak tanpa sebarang manusia pun di dalam konti. Sungguh lonely kerja begitu. Sadis.

Sambil sambil tengok Hani On-tak-berapa-nak-Air-Sangat (Rupanya mostly dah prerecorded 30 minit awal!) aku tanyalah soalan soalan seperti "Cik hani solat dhuha tak?" masalah cuti raya yang nampaknya telah pun diselesaikan seperti syarikat radio lain juga, iaitu siapa yang paling baru kerja, dia kena stay sampai hari raya pertama dalam konti. 

Semua public holiday dia terpaksa buat, pasal dia budak baru! Tak ke sedih tu bekerja di Hari Pekerja? 



Aku minat benda benda ni, dari kecik lagi aku minat dengan sisi teknikal sebuah radio especially radio komersial sebab ada banyak teknik teknik dan trick yang simple, tapi dapat menambah kualiti untuk yang mendengar. Smooth je rasa kan bila dengar Era bila dibandingkan dengan Nasional FM. Macam mana timing untuk bercakap and everything semua dah ada dalam sistem. Kau tinggal ikut dan main guna kreativiti je.

Hectic juga kerjanya. Ingatkan just queue lagu, queue iklan, queue promo lepas tu tunggu ada caller masuk then kau merepek sikit sikit. Oh tidak sama sekali! Editing jingle, editing on the spot nak filter mana mana perkataan yang tak sepatutnya keluar daripada caller, tu semua kena buat sendiri. On the spot ya! Sebelum lagu seterusnya habis kau dah kena settle editing tu.

Bila kau rasa satu satu kerjaya tu, mudah, kau kena go deeper untuk tahu yang sebenarnya bidang yang kau rasa senang tu, sama je susahnya dengan bidang yang kau rasa susah tu. I got mine. Totally changed my perspective.

Kalau next time ada audition gua ingat gua nak masuk la. Dari gua mengarut dekat twitter baik gua mengarut dekat radio. Kahkahkah.

Nah gambor kenang kenangan:



Ni mesti guna Qu Puteh Baru La Puteh ni.

No comments:

Post a Comment