Setelah dihentam dan dikritik secara bertubi tubi serta paksa rela, blog ini ditubuhkan untuk membalas serangan serangan berformat kritis tak kena tempat seperti
"Hashtag Acap Hambar"
"Musibat tak kelakor tahu?"
Meskipun dunia sudah pun nyaris nyaris kiamat apabila aku mengulangtayang lawak kumpulan Sepahtu (dengan persembahan yang cukup tragis) di mata kaum Melayu UiTM Lendu, ini tidak mematahkan semangat aku untuk menempa nama di laman Wikipedia dan menjadi extra dalam muzik video Seratus Persen nyanyian Ramlah Ram arahan pengarah tersohor Ahmad Idham. Sebagai Presiden Kelab Musibat Kampung DUN Alor Gajah, pencapaian receh dan remeh inilah akan dipandang tinggi oleh komuniti masyarakat mapan Kampung Lendu.
Inilah batu loncatan yang paling besar sekali untuk menjadi ketua rombongan Rukun Tetangga. Bukan calang calang anak muda yang boleh jadi ketua Rukun Tetangga ni. Kriterianya yang memerlukan pemikiran cerdas seorang Belia dan hebat menimbang bola takraw menjadi penghalang yang besar untuk anak anak muda marcapada kini.

Bukan itu sahaja, hati juga perlu cekal dalam mencapai visi dan menyahut aspirasi kerajaan yang ingin benar melihat anak anak muda kini lebih dekat dirinya dengan perkara perkara kerohanian dan menanam perasaan benci kepada kumpulan pop terpanas di zaman Pak Lah memerintah, Westlife. Terlalu kebaratan.
Siapa yang mampu lakukan semua tu? Hanya musibat yang mengenal musibat!
Sekian sahaja posting riak takabbur untuk kali ini. Suka diingatkan bahawa watak fiksyen diatas bukanlah direka reka, cuma penulis suka menipu dana menulis penipuan. Apa benda ni?
Senang cerita, fine aku tipu! fine!
No comments:
Post a Comment