
Shalom Aleichem! Bagaimana keadaan anda selepas memboikot restoran makanan segera selama lebih dua minggu ni? Sihat? Alhamdulillah. Tak Sihat? Engko ni yahudi ke macam mana? Kehkehkeh. Kalau engkorang ada mengikuti saya di laman pencicip ; @AshraffMokhtar mesti korang dah tahu aku sudah bertungkus lumus menyiapkan filem pendek sulung aku ni.
Selepas selesai proses pra produksi, penggambaran dan suntingan, aku dapati yang filem pendek aku ni boleh tahan tahap kehambaran dia. I can do better than this. Nanti aku cerita kenapa filem pendek Detensi tidak melepasi piawaian dan kehendak aku. Macam mintak penampor Ahmad Deham pun iya juga.
Trivia sepanjang proses filem Detensi:
1. Filem pendek ini dibikin kerana ingin memenuhi kehendak silibus kursus Islam Dan Komunikasi (CTU271) dan juga untuk menyertai Festival Filem Pendek Islamik (ISFAL) yang akan diadakan 21 Ogos ini. Semua batch Masscomm Semester 3 diwajibkan penyertaannya.
2. Detensi adalah skrip ketiga yang saya tulis (rewrite) sebelum memulakan penggambaran. Mula mula skrip komedi, kemudian sedih dan akhirnya... Eh haah lah.... GENRE APA CERITA AKU NI?
3. Pada mulanya watak diletakkan dua lelaki dan dua perempuan. Tetapi selepas menghisab hukum hakam dan possibility, dua watak perempuan ditukar kepada lelaki.
4. Tempoh penggambaran mengambil masa dua hari. Lebih tepat, 9 Jam. Pada hari kedua, penggambaran selesai sejam sebelum semua crew pulang bercuti untuk hari raya. Rushing nak meninggal buat kerja.
5. Editing mengambil masa 4 hari gara gara hari raya. Well i procrastinate though.
6. Penggambaran menggunakan Nikon D3100 dan Zoom H1 sahaja. Audio entah hapa hapa di sesetengah tempat sebab lupa nak tekan record button.
7. Skrip terinspirasi daripada filem hit The Breakfast Club.
8. Detensi bukan Bahasa Malaysia tetapi Indonesia. (Tersedar hanya selepas selesai editing. lol)
9. Satu satunya filem yang menggunakan perkataan "Sial" daripada 20 filem yang bertanding dan juga satu satunya filem yang dikawal rapi oleh pensyarah semasa proses penggambaran.
Tonton trailer di sini. Boikot filem ini sebab Israel yang taja!
No comments:
Post a Comment