Monday, 29 December 2014

Konotasi Industri Filem : Terbaik Dari Langit



Salam sejahtera ke atas kamu! Sihatlah hendaknya musim musim banjir ni ya? Seminggu yang lepas ni kalau engkorang ada follow aku di twitter, dapatlah tengok aku mempromosikan filem Terbaik Dari Langit secara excessive dan melampau. Percayalah satu sen pun aku tak dapat daripada semua itu.

Kecuali yang tweet #Xpax dan Celcom tu, ha yang tu ada bayaran. Kahkahkah.

Hari Isnin (22/12/14) yang lepas aku dapat dua tiket yang aku tebus dari Astro Circle untuk menonton tayangan perdana Terbaik Dari Langit. Memang dah lama sangat aku teringin nak tengok cerita ni sebab yang mengarahnya Nik Amir Mustapha, pengarah filem KIL (2013), penulis skripnya Redza Minhat dan Pelakonnya, Bront Palarae. Come on weh, Bront kot? Takkan nak tunggu DVD?


Monday, 1 December 2014

390 Meter Paras Kotaraya.


Whaddup readers! Assalamualaikum! Aku tak berapa nak ada mood nak menulis sangat ni. Tapi kalau nak tunggu ada mood, anak dah masuk tingkatan tiga barangkali.

Kalau ada anak. Lewl.

Baru baru ni aku ada pergi melempiaskan nafsu serakah aku yang membuak buak untuk melihat kotaraya kolumpo dari pandangan yang lebih tinggi. Tapi mana ada duit nak naik helikopter kan? Jadi aku pergilah ke KLCC Observation Deck (Tingkat 86).