
Salam 2.6 billion engkorang! Aku tengah tenang tenang menulis blog sambil hirup air Pepsi dan dengar soundtrack filem komedi romantik British paling power rangers, Notting Hill.
Hari ni, aku dah capai hari ke 7305 sejak hari pertama aku melepak di Hospital Universiti, Kolumpo. Dua dekad dah hidup sedara sedari sekali. Punya rasa tua masa tengok Konsert AF semalam, ada contestant lagi muda dari aku. Masa tengok Vince bagi speech "semua pemenang tiada pengalah" dekat Konsert Final AF1 dulu umur aku baru 8 tahun.
DUDE DAH TUA DUDE.
Memandangkan aku di gantung pengajian selama satu semester dan aku tak ada kawan kawan yang free hari ni, Semua dah pergi kerja dan tengah siap siap nak menjawab exam. Jadi malam semalam aku plan aku nak pergi redeem tiket wayang percuma, lepas tu pergi naik Menara KL, potong rambut dan lepas tu pergi restoran fancy untuk makan banana split, seorang diri.
Tapi sebab aku rasa tak best dan takde mood lepas tersilap langkah keluar terlalu awal dan menjadi punca adik aku ke sekolah menaiki teksi dengan tak semena mena, aku bersikap rasional lalu pulang ke rumah, membiarkan tiket wayang tersebut burn begitu saja.
So literally aku hanya tidur sepanjang hari, which is okay, I kinda like it, I guess.
Jimat duit tak beli banana split.
Somehow bila kau dah besar, a birthday is just another normal day. Aku sedar akan kemungkinan tu, which is why aku try plan untuk enjoy sorang sorang hari ni, sebab ni mungkin last chance aku dapat buat benda macam tu, as a free man. no responsible, at all.
I never thought the day where a birthday is just a normal day, has come. and its today. I wish I can say that next year. but no, its today.
Haha. Allahuakbar aku tak boleh blah betul dah masuk second series ni.
Aku nak ucap terima kasih dekat semua orang yang sudi ucap selamat, dekat semua yang cakap "nanti aku belanja", yang doakan aku cepat dapat bakal bini yang menerima segala cacat cela, dan especially yang sudi susahkan diri bagi hadiah hari jadi. Terima kasih banyak banyak.
Terima kasih yang paling besar untuk tuhan, mak, ayah dan keluarga.
Terima kasih banyak banyak.
Cheers, to twenty years of living!
No comments:
Post a Comment