Wednesday, 9 September 2015

14 Hari Di TV3


Salam sejahtera engko engko semua! Post ni sebenarnya dah lama aku nak post. Tapi engko tenang lah, aku tengah dalam mood bermalas - malasan ni. Biasalah orang melayu. Seperti yang engkorang semua tahu, aku digantung pengajian satu semester. Makanya aku perlulah keluar dari kepompong dengan mencari sesuatu yang berfaedah untuk dilakukan.

Jadi dengan sengajanya aku pergi apply internship di sebuah rangkaian televisyen swasta yang telah menaikkan nama nama seperti Awal Sehari, Ally Sekandar, dan Faizal Semail (yang kini telah melupakan kulitnya dan berpindah ke Astro. Ya, Beliau seorang kacang), TV3.





Tanpa mengira fahaman politik, aku diberi tawaran untuk menjalankan program praktikal selama sepuloh minggu. Malangnya, aku ambil keputusan untuk tarik diri selepas 14 hari bekerja atas sebab sebab mementingkan keluarga, juga aku ada masalah tentang elaun bulanan yang hanya separuh dari duit yang perlu aku keluarkan untuk ke tempat kerja setiap hari.

Engkau gila ke, aku nak makan pun berkira jadinya bila mengenangkan tol NKVE, tol lebuhraya persekutuan, dan duit minyak senyonyong RON 95 yang aku sumbatkan ke kereta aku.

Walaubagaimanapun, entri ini ditulis untuk aku berterima kasih kepada Kak Rina, Kak Intan Suraya, Abang Ijat, Abang Fendy, Abang Paan, dan yang paling aku rindu nak berborak, Abang Akmal dan juga belaan eletroniknya (reddit dan hal hal pelik di internet).



Banyak aku belajar sepanjang dua minggu yang berjaya huru harakan hidup aku buat seketika. Daripada scratch sampailah content tu terpancor di telebisen setiap minggu, aku belajar banyak benda. Setiap aspek dikawal rapi.

Dari mencari kandungan, ke main camera power power, main editing, main itu ini. Main menatang pusing pusing printing tape tu. Macam macam aku belajar. Memang tak sia sia aku join. Sekurang kurangnya aku dapatlah idea secara roughly macam mana rupa kerja production tu.

Boleh tahan tak ada life juga. Asyik kerja aje. Patutlah ramai single! Chis!

Itu je, terima kasih kepada team Kaki Bola (TV9), semoga maju jayalah untuk 12 episod mendatang. Terima kasih sebab betul betul treat aku macam pekerja, I feel welcomed macam dah setahun kerja bila kita bersembang.

Terima kasih atas nasihat nasihat tu. Kak Intan and Kak Rina especially, terima kasih sebab percaya saya ada potensi. 

Terima kasih! Semoga jumpa lagi.



Sekarang ni, aku sedang mencuba cuba kerja buat air pulak. Kahkahkah.

No comments:

Post a Comment