
Assalamualaikum! Setelah lebih empat bulan tidak menulis,
aku kembali bertenang makan keropok pedas sambil ditiup angin sepoi sepoi
language di kampus Lendu. Sebenarnya ada lagi dua tiga hal yang aku dah buat
untuk mengisi masa lapang selepas meletakkan jawatan sebagai intern di TV3
tempohari, tapi aku malas betul nak ingat segala details ni. Tunggulah besok
lusa kalau aku ingat. Kahkahkah.
Oh! Aku dah kembali menyambung pelajaran aku yang terkandas gara gara di gantung tak bertali pada bulan April yang lepas dan Insya Allah kalau Neelofa masih bujang sehingga tahun 2017, aku bakal menghabiskan segala urusan seri paduka baginda di kampus yang tercinta ini pada bulan Oktober 2016.
And that is, 11 months from now.

Keberadaan aku kali ini jika diramal dengan segala input yang aku terima setakat tiga minggu pertama semester dibuka, aku boleh cakap ia lebih pasif, lebih menyendiri, lebih.... independant. Enam subjek akan dihadam dan setiap subjek aku berjumpa dengan kumpulan yang berlainan. Sekaligus menjadikan aku satu objek yang universal untuk dicampak ke mana mana kancah drama dan gaya pekerjaan.
Aku dah expect beberapa perkara yang akan berlaku dan aku ambil itu sebagai satu cabaran yang paling power rangers aku pernah lalui untuk jangka masa yang agak panjang. No such thing as bonding time, being friends and all, sebab aku dah jadi warga asing dalam setiap kelas. Is that a problem? Yes. Can I just ignore those feelings? Yes.
Jadi aku ambil inisiatif untuk membina tembok setebal kertas manila untuk mengekalkan nilai professionalisma dalam setiap pekerjaan aku, dan kalau ada awek - awek comel yang berminat mengoyakkan benteng itu untuk masuk ke dalam zon personal aku,
GUA OKAY JE BEBEH!

Aku ada satu lagi kes yang belum selesai dengan pihak kampus. Aku tak perlu beritahu sekarang dan aku akan simpan cerita itu sehingga aku dapat transkrip diploma aku tahun depan, atau, sehingga aku tidak lagi belajar di sini.
Selamat tahun baru, dan cheers!
No comments:
Post a Comment