Wednesday, 30 December 2015

Membungkus 2015



Assalamualaikum! Merhaba! Tahun 2015 ni sememangnya tahun yang paling huru hara aku pernah lalui. Huru hara dia lagi teruk daripada gaya pengurusan sebuah institusi pelajaran yang membantu kaum bumiputra itu. Meskipun tahun ini menyaksikan pertegangan urat dalam variasi masalah yang menimpa, pada aku, semua ini a blessing in disguise.

Now, lets wrap this year up!

Setelah aku hampir menyelesaikan hal hal pelajaran dan akademik aku pada bulan April yang lepas, tiba tiba satu bala besar menimpa kepala aku yang sedang rilek memikirkan apa yang perlu aku buat untuk mengisi cuti dua bulan yang akan datang. Rupa rupanya, cuti dua bulan aku dipanjangkan menjadi lapan bulan. Aku digantung satu semester disebabkan kecuaian aku sendiri tidak memadam nota di belakang kalkulator (yang aku guna untuk refer masa belajar) dan bawa masuk ke dewan peperiksaan tanpa sedar.

Cool kan? I know. Down juga sekejap dua tiga hari lepas disabitkan kesalahan tu. Sudahlah tiket Lawak Ke Der? aku burn begitu sahaja gara gara menghadiri perbicaraan. Tapi aku ambil positif hal tersebut dan meneruskan hidup aku macam biasa. 


Pada bulan Mei, aku dapat dua first time experience. First, bila aku dapat merasa duduk di kerusi Panggung Sari untuk tonton teater Baik Punya Cilok. Yang lebih bermakna sebenarnya bila aku dapat tarik tiga orang kawan aku untuk hadir sekali menonton sebab tiket free. Bukan main payah nak jamah diorang dengan hiburan melayu ni. Kahkahkah.


Kedua, bila aku dapat melepak di konti radio Era yang terletak nun terperosok di dalam Taman Teknologi Bukit Jalil. Sesuatu yang duit tak mampu nak beli, dan pengalaman yang sangat menarik sebab aku rasa, bidang ni bukan sesuatu yang boleh diremehkan. Again, thank you kepada Hani Fadzil kerana sanggup melayan aku selama dua jam bertanya soalan itu ini tentang perihal radio.




Di awal bulan Jun, kami sekeluarga berlepas ke luar negara untuk menikmati alam semula jadi dan juga yang tak berapa nak semulajadi dan lebih kepada binaan abstrak ciptaan manusia. Trip kali ni memang sekejap sejuk gila, sekejap panas gila, sekejap suam suam, tiba tiba sejuk balik. Negara pertama yang kitorang jejak ialah Switzerland, diikuti dengan Turki dan Dubai.

Walaupun ini adalah 18 hari yang paling memenatkan, tapi aku rasa 18 hari trip famili ini jugalah yang sebenarnya banyak membuka mata dan memecahkan stereotaip aku terhadap tiga negara yang aku dah jejakkan kaki ni.


Setelah hampir lima bulan plan untuk bercuti bersama sama, Aku dan tiga lagi kawan yang huru hara akhirnya menemui masa yang tepat dan kewangan yang jitu untuk bercuti bersama sama ke Singapura di awal bulan Ogos. Dengan bajet yang agak limited, kitorang berjaya menguruskan masa dan kewangan dengan perfect!

Ini juga pengalaman kali pertama travel dengan rakan-rakan. Something yang perlu dibuat dari semasa ke semasa. Cool!



Di akhir bulan Ogos, aku diterima masuk sebagai Intern di Primeworks Studios yang sangat komited mengeluarkan produk untuk tayangan TV3 dan TV9. Tapi jodoh tak panjang dengan syarikat tersebut, aku terpaksa berhenti selepas dua minggu bekerja atas sebab sebab tertentu. Tapi to be honest, dalam masa dua minggu tu macam macam benda aku belajar hal hal produksi ni. Dari A sampai Z, macam short course. Merasa lah pergi ke belakang tabir, shoot video, print tape, itu dan ini dan sebagainya. 

Terima kasih kepada Kak Intan Suraya, Kak Rina, Abang Akmal dan seluruh warga Primeworks sebab bagi saya peluang untuk belajar.



Di awal bulan September, aku sedang mencari kerja dan tanpa pengetahuan ibu bapa aku terus terima tawaran kerja untuk membuat air gelas besar di Seksyen 7. Pergh, aku buat air beb. Tak pernah ada dalam kepala pun nak cari kerja buat air ni. Tapi memandangkan kedai tu baru dibuka, so customer tak ada lah ramai sangat. Namun begitu, dalam tak ramai tu pun memang ada macam macam jenis customer yang huru hara perangainya. 

Tapi aku sebagai pekerja yang cemerlang, aku terus tenang dan senyum bila berhadapan dengan customer serupa gitu. Kahkahkah. Dalam hati menyumpahnya tuhan saja yang tahu. Aku bertahan selama 9 hari sebelum aku dioffer oleh pakcik aku untuk kerja di syarikatnya sebagai Webmaster.


Sepanjang bulan Oktober dan November tu aku kerja dekat office pakcik aku lah. Walaupun kerja tersebut boleh je buat dekat rumah, tapi aku rasa nanti sampai ke sudah tak siap. Baik duduk dekat office, pukul 9 punch in pukul 5 petang punch out. Best juga sebenarnya kerja dekat office ni sebab ada kawan. Petang petang boleh relax makan goreng pisang sambil gelak gelakkan hal negara. Kahkahkah.



Pada bulan November juga, satu siri review filem tempatan yang diberi nama #RateFilem telah pun aku mulakan dengan 4 episod pertama di saluran YouTube aku. Tujuannya, untuk memberi gambaran sama ada filem filem yang aku tonton itu perlu ditonton atau tidak. Tapi orang cakap, taste aku tak boleh pakai. Lulz. Tapi takpe, aku akan terus jujur (dan lebih bersopan untuk episod seterusnya) dalam memberi pandangan demi memajukan industri filem tempatan. Aku ikhlas. Serious.


Dan akhirnya di bulan Disember, aku kembali meneruskan pelajaran aku yang terkandas setelah lapan bulan dicutikan oleh pihak universiti. Jujurnya, aku rasa agak janggal bila semua kawan kawan aku dah graduate dan rakan rakan aku yang ada sekarang ini akan tamat pembelajarannya dalam masa 4 bulan dari sekarang. Aku kena tunggu bulan 10 baru graduate dari kampus ceruk kampung ni. Kahkahkah.

Tapi gua okay, gua okay. Gua boleh handle punya hal macam ni. Harapannya ialah, semoga 2016 bebas dari sebarang masalah-masalah yang tidak diundang kehadirannya, menjadi satu tahun yang tidak membosankan, dan hikayat ini masih belum tamat.

Sekian,
Selamat tahun baru 2016.

No comments:

Post a Comment