Thursday, 18 February 2016

Aku okay, aku okay!



Assalamualaikum! Whaddup blog! Dekat sebulan setengah juga tak update ni. Tapi peduli apa aku, bukan ramai sangat yang baca. Aku rasa yang baca blog ni semua jenis tak ada life serupa aku juga. Kahkahkah. 

Sebenarnya dah dua minggu aku terdampar dekat atas katil sebab satu kejadian yang sangat dasyat telah berlaku dalam perjalanan aku dari UiTM Lendu (selepas meloloskan diri dari dikenakan tindakan tatatertib buat kali kedua) untuk pulang ke Shah Alam menyambut cuti tahun baru cina.

Aku..... accident. 

Masa tu, aku tengah sedap drive kereta Proton Waja kelabu yang dah masuk tahun ketiga aku lenjan dan gunapakai untuk urusan urusan penting dalam kelajuan yang agak power rangers di lane kanan Lebuhraya PLUS area Pedas Linggi - Senawang. Kawan aku, Ros pun ada duduk dekat sebelah dan sedang sedang aku bergelak ketawa, tiba tiba ada kotak selebar 6 kaki dan berketebalan hampir sekaki di tengah tengah lane aku.

Kereta tengah laju, aku elak kotak tu dengan cuba masuk ke lane tengah. Sudahnya, kereta berpusing dua tiga kali lalu menghempas divider dekat sebelah emergency lane. Kau bayanglah kereta aku terseret merentas tiga lane lebuhraya. 

So that is pretty much it.


Aku bersyukur sebab tuhan bagi aku peluang kedua untuk aku hidup dengan tenang. Serious. Kebiasaannya aku akan buka kasut sebelum drive sebab nak rasa sedap tekan pedal, hari tu, aku pakai kasut. Siap berstokin kau.

Sebagai seorang pelumba jalanan yang tersohor, memakai seatbelt adalah satu penghinaan. Kahkahkah takdelah. Aku memang jarang pakai seatbelt bila aku drive walaupun aku tahu aku nak berjalan jauh. Ini bahaya dan aku takkan buat lagi lepas ni. Miracle, hari itu, aku pakai seatbelt.

Another miracle is, kereta yang aku bawa ke hulu ke hilir ni dah dua tahun lebih tak ada airbag. Entah tak tahu apa benda yang trigger Ayah aku untuk kembali memasang airbag beberapa minggu sebelum kejadian. And it works. Airbag tersembul keluar dan menyelamatkan kepala aku dari impak yang teruk.

Memang seram, seminggu juga kepala aku tiap tiap hari replay kejadian tu sebelum aku tidur. Kadang kadang aku ignore dan scroll twitter. Kadang kadang, can't help it but cry juga lah. Its crazy. 


Apparently, the steering roboh masa kereta tu hempas divider dan hempap lutut kiri aku, which resulting compression/pecah dekat tulang lutut kiri bahagian bawah. Aku dah undergo surgery untuk construct balik those pieces yang pecah and attach balik ke tulang tu, menyebabkan aku tak boleh berjalan selama 3 bulan.

Well then, its okay. Aku consider kes aku ni, hidup pun kira bagus.

Aku nak ucap terima kasih kepada semua yang datang melawat aku dekat hospital dan kepada semua kawan - kawan yang cakap nak datang tapi tak datang-datang, juga kepada semua kenalan twitter aku yang mendoakan aku sembuh segera.

Thank you, and sorry for spamming your timeline. Yes. Aku tuit bersiri pasal kemalangan ni 4 jam selepas itu. Terbaring dekat Hospital Besar Seremban dan masih chill bertuit. The whole new level of #TahiTwitter betul.

P/s: Aku terpaksa extend pengajian aku. Bila nak habis entah. Hahaha. Demmit lendu i hatechu!

No comments:

Post a Comment