Monday, 28 July 2014

Aidilfitri : Dilema Duit Raya.


Assalamualaikum. Woi. Woi! Setelah selesai berpuasa sebulan (cukup tak cukup belakang kira) di bulan Ramadan, tibalah hari yang dinanti nanti oleh semua anak anak kecil, budak budak sekolah menengah yang kian menjadi eksperimen Kementerian Pelajaran Malaysia yang tak sudah sudah menukar silibus pembelajaran, mahasiswa dan siswi di Institut Pengajian Tinggi, bapa kepada budak budak dan ibu kepada budak budak. 

Kenapa aku tak sebut manusia manusia belia? Diorang mana suka hari raya selain daripada aspek rancangan televisyen yang hambar seperti lawak Zizan semasa mengacara rancangan hiburan penuh dosa dan fitnah, Melodi. Asal datang beraya, kena talu dengan soalan perihal hubungan diplomatik dengan keluarga bakal isteri. 


Thursday, 17 July 2014

Menonton The Fault In Our Stars : A Date With Strangers


Salam Ramadhan! Pekabor yeop?

Biasanya, aku akan pergi tonton filem filem terbaru di panggung kalau aku ada masa terluang. Tapi kalau datang gian aku nak makan nugget sejuk sorang sorang dekat dalam panggung tu, terluang tak terluang aku redah juga trafik Melaka Bandar Bersejarah ni. 

Showtime pukul 7.15 Malam, selepas buat sedikit penghisaban, aku dapat menyimpulkan bahawasanya aku akan berbuka di dalam panggung pada pukul 7.27 Malam. Maka macam biasa, aku beli 15 keping nugget dan air Coca Cola saiz paling besar sebelum masuk panggung.

Friday, 4 July 2014

Sehari Di Legoland : Rant On Legoland

 
 Assalamualaikum. Pekabor.

Selain daripada merosakkan kebun kebun bunga kepunyaan warganegara bukan Bumiputra, aku ada juga satu kegemaran yang lain seperti melawat tinggalan sejarah secara first-hand experience.  Tapi hari ini bukan itu yang aku nak ceritakan dalam blog yang tadi aku nak sign in aku lupa kata laluan ni, entri hari ini lebih kepada mengkayakan kaum Cina di bumi Malaysia.

LEGOLAND WOI LEGOLAND!

Aku tak paham juga pengusaha Legoland ni, pesen entah menda menda betul letak mercu tanda negara yang bersifat keanak anakan begini jauh dari bandar Johor Bahru. Ini semua faktor faktor yang perlu diambil kira, mahal tahu tak makanan dalam menatang taman tema ni mahal tahu tak?