Salam Ramadhan! Pekabor yeop?
Biasanya, aku akan pergi tonton filem filem terbaru di
panggung kalau aku ada masa terluang. Tapi kalau datang gian aku nak makan
nugget sejuk sorang sorang dekat dalam panggung tu, terluang tak terluang aku
redah juga trafik Melaka Bandar Bersejarah ni.
Showtime pukul 7.15 Malam, selepas buat sedikit penghisaban,
aku dapat menyimpulkan bahawasanya aku akan berbuka di dalam panggung pada
pukul 7.27 Malam. Maka macam biasa, aku beli 15 keping nugget dan air Coca Cola
saiz paling besar sebelum masuk panggung.
Iklan dah mula tayang, aku perasan memang tak ada muka muka
yang layak masuk UiTM (buat masa sekarang) dekat dalam panggung ni kecuali aku
seorang sahaja. Tiba tiba datang seorang gadis bertudung duduk sebelah aku.
Cuba cakap dengan aku, apa patut seorang lelaki bujang tidak
berteman wanita seperti aku buat kalau ada awek yang datang tengok wayang
cerita koyak emosi sorang sorang duduk sebelah aku? Siap bawa French fries
McDonalds lagi.
“AWAK NI AGEN YAHUDI KE HA BAWA MCD?”
Gitu?
Takde maknanya. Kehkehkeh.
Haruslah aku mula langkah untuk elak awkward moment kan?
Sambil aku pegang nugget sejuk dan Coke gelas besar aku tanya, “Sorang je?”.
“Haah. U pun ke?” Dia tanya balik sambil muka senyum senyum tikus. Aku angguk
aje lah kepala.

Tengah scene Hazel Grace baca buku, aku belek telefon aku.
Jam menunjukkan 7:28 malam. Kalau dekat Sarawak ni dah boleh mula solat Tarawih
dah. Eh apa benda aku melalut ni. Ha. Makanya tanpa was was dengan yakinnya aku
membaca doa berbuka puasa style Imam Arab.
Mesti dia ingat aku ni
orang orang surau. Kahkahkah.
Maka sesi telan menelan sambil selang seli minum air Coke
pun bermula. Awek ni makan boleh tahan berbunyi juga. Sekali sekala aku offer
nugget aku dia bedal, sekali sekala dia offer French Fries dia aku bedal. Nasib
baik dia tak offer nombor telefon.
Lepas makan dalam 15 minit, aku letak sampah sarap aku dekat
kerusi sebelah. Peduli lah bukan ada orang pun. Aku sambung tengok filem penuh
emosi ni. Satu esakan pun aku tak dengar dari awek ni. Apa benda awek melayu
pesen hati kering ni? Sweater aku tu sampai basah ha tengok Augustus Waterz
(Boyfriend Hazel Grace) tu nak dengar speech funeral sebelum mati.
Ke Aku yang pesen hati basah tak tentu hala?
Ah biarlah. Yang penting sampai sudah aku tak tanya nama dia
siapa. Yang lagi penting, confirm dia tak ingat aku ni orang orang surau. Pasal
apakejadahnya orang surau buat dalam panggung di bulan Ramadhan?
Ha padan muka. Mesti yang baca ni ingat aku nak tulis gaya
gaya curate twt_filem kan? Kehkehkeh.
No comments:
Post a Comment