Assalamualaikum. Pekabor.
Selain daripada merosakkan kebun kebun bunga kepunyaan warganegara bukan Bumiputra, aku ada juga satu kegemaran yang lain seperti melawat tinggalan sejarah secara first-hand experience. Tapi hari ini bukan itu yang aku nak ceritakan dalam blog yang tadi aku nak sign in aku lupa kata laluan ni, entri hari ini lebih kepada mengkayakan kaum Cina di bumi Malaysia.
LEGOLAND WOI LEGOLAND!
Aku tak paham juga pengusaha Legoland ni, pesen entah menda menda betul letak mercu tanda negara yang bersifat keanak anakan begini jauh dari bandar Johor Bahru. Ini semua faktor faktor yang perlu diambil kira, mahal tahu tak makanan dalam menatang taman tema ni mahal tahu tak?
Kenapa?
Semua permainan permainan yang disediakan diselaraskan mengikut kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah. Budak budak tak sedar diri berstatus Mahasiswa seperti aku ini seolah didiskriminasi oleh Roller Coaster yang tak menakutkan. Sakit hati dan dengki juga melihat anak anak kecil sangat teruja sampai lupa mak bapak dan solat asar bermain dekat sini.
Tetapi jika anda seorang yang sukakan kesederhanaan dalam pelbagai aspek (ini termasuk kondisi tandas awam yang disediakan), anda bolehlah datang ke Legoland Malaysia yang tercampak jauh nun di Nusajaya, Johor Bahru. Tapi bak kata pepatah, dalam setandan pelajar pelajar Masscomm UiTM Lendu, bukan semuanya kaki sosial, gittew.
Ada juga permainan yang menyeronokkan seperti tarik tali sampai cucur atap (INI REAL! memang kena tarik talik untuk sampai ke atap), Roller Coaster menghempas air sungai yang akan bikin korang nak naik dua tiga kali sebab Legoland panas macam 0.000001% neraka bocor menitis ke bumi, dan anda boleh selfie bersama bangunan kegemaran anda seperti KLCC, Carpark KLIA, Eiffel Tower, Menara Maybank dan sebagainya.
Jadi untuk memudahkan anda yang baru je tengok iklan Legoland semasa menonton filem Transformers yang cukup membosankan (akan aku rant di lain entri) dan terdetik di dalam hati nurani, "Lepas raya aku nak bakor kaunter tiket Legoland!" atau dalam erti kata lainnya, "Aku teringin nak pi Legoland", Saya dah buatkan senarai mengarut seperti yang dilampirkan di bawah :
Siapa Yang Boleh Pergi Legoland?
1. Keluarga yang mempunyai anak bawah 15 tahun.
2. Couple 40-an.
3. Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tahap 1 Sahaja)
4. Rombongan Tadika
5. Dewasa yang tak enjoy thrill naik Roller Coaster (Nak merasa sikit)
Siapa Yang Tak Payah Pergi Legoland?
1. Keluarga yang mempunyai anak 16 tahun keatas.
2. Couple 20-an (Honeymoon pergi Legoland apakehenya?)
3. Kelab Rekreasi dan Pecinta Alam (Nanti korang bising, panas)
4. Rombongan Cik Kiah
5. Dewasa yang pesen bawa kereta pun 160km/h di jalan kampung.
Engkorang pergi Universal Studio Singapore aje lah. Ye? Ye?
Nah gambar kenapa saya gembira di Legoland.
No comments:
Post a Comment