Assalamualaikum. Woi. Woi!
Setelah selesai berpuasa sebulan (cukup tak cukup belakang kira) di bulan Ramadan, tibalah hari yang dinanti nanti oleh semua anak anak kecil, budak budak sekolah menengah yang kian menjadi eksperimen Kementerian Pelajaran Malaysia yang tak sudah sudah menukar silibus pembelajaran, mahasiswa dan siswi di Institut Pengajian Tinggi, bapa kepada budak budak dan ibu kepada budak budak.
Kenapa aku tak sebut manusia manusia belia? Diorang mana suka hari raya selain daripada aspek rancangan televisyen yang hambar seperti lawak Zizan semasa mengacara rancangan hiburan penuh dosa dan fitnah, Melodi. Asal datang beraya, kena talu dengan soalan perihal hubungan diplomatik dengan keluarga bakal isteri.
Kalau ada isteri.
Kalau tak kena tembak dengan soalan kahwin,
"Rumah kamu dekat selangor kan? Masa kena catu air dulu mandi tak?"
Kalau ada rumah.
Eh? Kakakakakaka.
Tapi walaupun aku tak digergaji dengan soalan soalan sebegitu di pagi raya (sebab aku masih mahasiswa), aku tetap rasa macam vibe raya semakin menipis dengan adanya isu baru bagi belia belia yang meningkat naik seperti aku iaitu duit raya.

Dulu masa umur masih pakai sling bag (13-18 tahun), kalau bulan puasa dan mula mengira-ngira untuk bagi dekat mak separuh, lagi separuh duit raya akan dijoli mengikut garis panduan syariah (tidak membazir. well basically makan fastfood je). Dulu kalau raya mesti dapat lebih dari tiga ratus ringgit.
Kalau sekarang ni, nak bahagi dua pun tak berapa nak jadi juga. Makan kentaki pun boleh tiga kali aje. Kahkahkah. Bila datang rumah rumah saudara mara yang agak jauh seperti atuk saudara, sepupu mak, ipar duai, nak hulur tangan pun beragak juga.
Satu hal gara gara masalah muhrim dan bukan muhrim. Pesen nak langgor segala syariah pun tak boleh nak go juga (tapi kadang kadang aku sebat aje kalau dah semua buat tak tahu). Yang satu hal lagi, dia orang tengah bagi duit raya dekat budak budak, sampai ke giliran aku cepat cepat sampul duit raya kena sorok dalam poket. Kahkahkah.
Biarpun begitu, aku tetap bersyukur sebab saudara mara tidaklah bertindak kejam. Malah makin tua makin banyak pula kuantiti dia. "Budak uni kena pakai banyak duit" katanya. Tapi rasanya era dapat duit raya ini akan completely selesai bila aku dah mula dapat kerja dan aku pula kena bagi duit raya ke anak anak saudara dan sepupu aku yang masih bersekolah nanti.
Relakslah. Nanti dah tua anak anak pula bagi duit raya ke aku.
Again, kalau ada anak. Kakakakaka.

No comments:
Post a Comment