Friday, 7 August 2015

Percutian Bajet ke Singapura.



Hola amigos! Aku baru aje lepas buang air kecil ni. Sambil sambil buang air tu aku terfikir nak tulis blog menjawab soalan - soalan cepumas dari rakan rakan yang juga berhasrat untuk bercuti ke Singapura.

Macam biasa, soalan "Bajet berapa? 2.6 Billion ke?" akan timbul. In fact, engkorang yang tengah baca ni pun for sure lah singgah ke blog tidak semenggah ini untuk mencedok ilmu ilmu penghisaban bajet bercuti selama 3 Hari 2 Malam ke Singapura bersama rakan rakan seperjuangan/ sepermainan/ sepender/ sepakkangapapuntakboleh.

Jadi, mari kita!

P/s: Semua kiraan di dalam entri ini telah pun dikemaskini pada 22/1/2016 dengan kadar tukaran wang 1 SGD = RM3 untuk memudahkan pengiraan pembaca. Ah tak best betul ringgit turun ni.

P/s: Great news! Entri ini telah dikemaskini sekali lagi pada 28/3/2016. Link untuk setiap website yang berkaitan telah dimasukkan. And jangan lupa tengok video dekat bawah! ;) 


1. Dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru

Untuk ke Johor Bahru, kitorang naik train dari KL Sentral untuk sampai ke JB Sentral. Mengambil masa 8 jam perjalanan, kitorang pilih untuk naik Senandung Sutera (Bertolak 10:30pm & Sampai 06:10am) supaya sampai awal pagi dan boleh terus berjalan di Singapura.

Save duit untuk hotel dah!

Nak book tiket train KTM? Klik di sini!


Harga : RM 33 (Standard Seat) x 2 Perjalanan (KL-JB & JB-KL) = RM 66


2. Dari JB Sentral ke Queen Street, Bugis (Singapura)

Untuk memudahkan perjalanan, elak daripada menaiki Shuttle Tebrau sebab susah untuk akses MRT terdekat daripada Checkpoint Woodlands. Naik bas CW2 dari JB Sentral dan ia akan terus bawa anda ke Stesen Bas Queen Street, Bugis, Singapura.


But of course korang kena turun dekat Woodlands Checkpoint untuk cop passport sebelum teruskan perjalanan ke Bugis.

Untuk perjalanan pulang pula, gunakan bas yang sama untuk ke JB Sentral.

Harga : RM 3.40 (Pergi) + S$3.30 (Balik) (RM 10) = RM 13.40


3. Hotel di Bugis

Kenapa korang kena pilih untuk duduk di area Bugis? Sebab area ini lengkap dengan stesen MRT, Stesen Bas Queen Street, Kedai makan dan Mall. Hotel di area Bugis selalunya dipenuhi oleh backpacker, jadi harganya murah dan sesuai untuk travel dengan kawan kawan.


Kitorang stay dekat 5footway.inn hotel yang memerlukan kita berjalan selama 10 minit daripada stesen MRT. Tips! Hotel ini hanya menerima wang tunai sahaja. Tips lagi! Jangan lupa book hotel ni dekat Booking.com sebelum ke Singapura sebab memang cepat habis biliknya. Plus, kalau book online, harga diskaun boleh mencecah hingga 50%!


Kalau korang tak kisah berkongsi bilik dengan stranger (jangan risau, ada locker) macam kitorang, bolehlah duduk di 5footway.inn Standard Quadruple Room yang memuatkan 4 orang (dua bunk bed). Macam aku duduk berdua dengan kawan aku, jadi kenalah berkongsi dengan dua orang lagi stranger.

Awas! Mungkin bertentangan jantina dengan anda! Kitorang dapat roomate perempuan perancis yang sangat friendly! Ahaha. Tapi kalau korang tak selesa dengan yang berlainan jantina. Ada juga bilik bilik lain yang harga lebih kurang kalau korang pergi berpasangan.

Tandas dan bilik mandi pula disediakan di tingkat bawah. Macam dekat kolej la, nak mandi kena keluar dari bilik dan berjalan sikit. Tapi jangan risau, aku cukup selesa dengan hostel ni sebab semuanya bersih!

Dan korang kena ada S$20 masa check in untuk deposit. Takpe nanti korang check out, korang dapat balik 20 dollar tu.

Untuk book Hostel ni, klik di sini.

Harga : S$ 48 (RM 144 untuk 2 Malam) + Deposit : S$20 (RM 60) = RM204



4. Singapore Travel Pass (2 Days)

Untuk bergerak di Singapura, MRT train adalah cara yang paling power untuk kita berjalan jalan di Singapura sebab kekerapan trainnya cukup banyak. Selang dua minit mesti ada train lalu di setiap platform. Jadi untuk mengelakkan anda di caj berlebihan apabila membeli single ticket setiap kali naik train, belilah tourist pass!



Pass ini boleh didapati di stesen stesen MRT yang besar seperti stesen Bugis, Woodlands dan Orchard dengan harga S$ 10 (1 Hari), S$ 16 (2 Hari), S$ 20 (3 hari).

Juga deposit sebanyak S$ 10 yang akan dipulangkan semula masa korang memulangkan kad ini pada hari terakhir korang di Singapura.

Memandangkan bajet ini untuk 3 Hari 2 Malam, cukuplah beli untuk 2 hari sahaja. Sebab hari ketiga kau nak balik dah.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang SG Tourist pass, klik di sini.

Harga: S$ 16 (RM 48) + Deposit : S$ 10 (RM 30) = RM78


5. Pergi ke Universal Studio Singapore!

Untuk ke Universal Studio yang terletak di Sentosa Island, korang kena naik Sentosa Express yang unfortunately tidak di cover oleh Singapore Tourist Pass. Sentosa Express boleh dinaiki dari Vivo City dengan harga S$ 4.


Korang juga boleh jalan kaki dari Vivo City ke Sentosa (Perjalanan 10 minit) menggunakan Sentosa Broadwalk Walkalator secara percuma!

Untuk harga tiket Universal Studio pula, korang kena pandai cari secara online atau pun beli saja dari agent agent tiket dekat Instagram tu. Harga dalam lingkungan RM 175 - RM 185 sahaja. Kitorang dapat beli tiket (dengan 5 dollar meal voucher) dengan harga RM 185 setiap seorang. Tips! Kalau boleh beli terus dari website rasmi RWSentosa lebih baik. Perhatikan section "Hot deal". Biasanya akan ada promosi tiket di situ!



Trust me, kau dah sampai Singapore, kau confirm taknak terlepas nak pergi Universal Studio! Kalau belum cukup duit, sabar dulu! Kalau tak rugi!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Sentosa Express, klik di sini.

Nak beli tiket USS? Klik di sini.

Harga: Sentosa Express: S$ 4 (RM 12) + Universal Studio (RM185) =  RM 197


6. Duit Makan

Makan apa sahaja yang murah. Sekali makan limitkan diri anda daripada melebihi 10 Dollar. Anda mampu mengubahnya! Haha. Aku bawak cash untuk makan dalam 70 Dollar. Kenyang juga aku makan itu ini. Murtabak Singapore baru 6 Dollar je dekat kedai Zam Zam tu!

Cash untuk makan = S$ 70 (RM 210)


Dan itu sahaja! Yang lain lain tu korang fikir sendiri lah. Sebenarnya dekat Singapore ni, bab makan tu kalau korang pandai cari, dapatlah yang murah murah. Tu pentingnya research sebelum pergi bercuti! Okay? So kita buat kiraan total:

Harga Train KL --> JB & JB --> KL = RM 66
Harga Bas JB --> Bugis & Bugis --> JB = RM 13.40
Harga Hotel di Bugis : RM 144 + RM 60 (Deposit) = RM 204
Harga Tourist Pass: RM 48 + RM 30 (Deposit) = RM 78
Harga Train Sentosa Express = RM 12
Harga Tiket Universal Studio = RM 185
Duit Makan = RM 210

Total : RM 768.40 (Perlu ada)
Deposit (RM 60 + RM 30) = RM 90

Total (RM 768.40) - Deposit (RM 90) =  RM 678.40

Overall tak sampai RM700 pun! Tapi untuk pergi membayar deposit tah apa apa tu kena la ada dalam RM 800 untuk duduk di Singapore selama tiga hari dan tidur di hostel selama 2 malam.

Okay apa! Power nak mampus gua bajet. Kahkahkah. Selamat mengira-ngira! Nah aku letak gambo dan video aku dan kawan kawan berjalan jalan di sekitar Singapura.







15 comments:

  1. nak tumpang tanya,can i know nama ig agent untuk beli tiket2 murah tu tak? dilema nak pergi singapore tp mcm xboleh masuk uss sbb lari bajet :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Im not sure sir/miss. Google je insya allah jumpa. Tapi beware sikit banyak scam sekarang ni.

      Delete
  2. Tourist travel pass tu boleh share tak? Ke setiap sorg kena ada?

    ReplyDelete
  3. Awak tukar duit siap2 dekat malaysia ke awak tukar bila dah sampai singapore. Yang mana satu lebih bagi advantage ke sama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better tukar dekat Malaysia siap siap. Sebab satunya kita bukan bawak kereta. Sampai sampai je nak kena pakai duit. Mana nak cari money changer lagi.

      lagi satu excange rate memang biasanya lebih murah di KL.

      Delete
  4. Nak tnye..STP tu nak return kat mane eh before nak balik JB?

    ReplyDelete
  5. Salam. Train KTM tu naik dari KL ke KL Sentral? Check origin from KL Sentral takdak pun destination JB Sentral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya dah tak ada straight train dari KL - JB. Boleh telefon KTM terus.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Tourist travel pass tu harga dewasa & kanak2 sama ke?

    ReplyDelete
  8. salam, nak tumpang tanya... deposit bilik tu..1 org, 1 deposit ke?.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Sebab yang dorm ni dia ikut kepala, bukan bilik.

      Delete