Wednesday, 30 December 2015

Membungkus 2015



Assalamualaikum! Merhaba! Tahun 2015 ni sememangnya tahun yang paling huru hara aku pernah lalui. Huru hara dia lagi teruk daripada gaya pengurusan sebuah institusi pelajaran yang membantu kaum bumiputra itu. Meskipun tahun ini menyaksikan pertegangan urat dalam variasi masalah yang menimpa, pada aku, semua ini a blessing in disguise.

Now, lets wrap this year up!

Thursday, 17 December 2015

Kembali, Tapi Keberadaan Itu Senyap.


Assalamualaikum! Setelah lebih empat bulan tidak menulis, aku kembali bertenang makan keropok pedas sambil ditiup angin sepoi sepoi language di kampus Lendu. Sebenarnya ada lagi dua tiga hal yang aku dah buat untuk mengisi masa lapang selepas meletakkan jawatan sebagai intern di TV3 tempohari, tapi aku malas betul nak ingat segala details ni. Tunggulah besok lusa kalau aku ingat. Kahkahkah.

Oh! Aku dah kembali menyambung pelajaran aku yang terkandas gara gara di gantung tak bertali pada bulan April yang lepas dan Insya Allah kalau Neelofa masih bujang sehingga tahun 2017, aku bakal menghabiskan segala urusan seri paduka baginda di kampus yang tercinta ini pada bulan Oktober 2016.

And that is, 11 months from now.

Wednesday, 9 September 2015

14 Hari Di TV3


Salam sejahtera engko engko semua! Post ni sebenarnya dah lama aku nak post. Tapi engko tenang lah, aku tengah dalam mood bermalas - malasan ni. Biasalah orang melayu. Seperti yang engkorang semua tahu, aku digantung pengajian satu semester. Makanya aku perlulah keluar dari kepompong dengan mencari sesuatu yang berfaedah untuk dilakukan.

Jadi dengan sengajanya aku pergi apply internship di sebuah rangkaian televisyen swasta yang telah menaikkan nama nama seperti Awal Sehari, Ally Sekandar, dan Faizal Semail (yang kini telah melupakan kulitnya dan berpindah ke Astro. Ya, Beliau seorang kacang), TV3.

Monday, 10 August 2015

7305 Hari


Salam 2.6 billion engkorang! Aku tengah tenang tenang menulis blog sambil hirup air Pepsi dan dengar soundtrack filem komedi romantik British paling power rangers, Notting Hill.

Hari ni, aku dah capai hari ke 7305 sejak hari pertama aku melepak di Hospital Universiti, Kolumpo. Dua dekad dah hidup sedara sedari sekali. Punya rasa tua masa tengok Konsert AF semalam, ada contestant lagi muda dari aku. Masa tengok Vince bagi speech "semua pemenang tiada pengalah" dekat Konsert Final AF1 dulu umur aku baru 8 tahun.

DUDE DAH TUA DUDE.


Friday, 7 August 2015

Percutian Bajet ke Singapura.



Hola amigos! Aku baru aje lepas buang air kecil ni. Sambil sambil buang air tu aku terfikir nak tulis blog menjawab soalan - soalan cepumas dari rakan rakan yang juga berhasrat untuk bercuti ke Singapura.

Macam biasa, soalan "Bajet berapa? 2.6 Billion ke?" akan timbul. In fact, engkorang yang tengah baca ni pun for sure lah singgah ke blog tidak semenggah ini untuk mencedok ilmu ilmu penghisaban bajet bercuti selama 3 Hari 2 Malam ke Singapura bersama rakan rakan seperjuangan/ sepermainan/ sepender/ sepakkangapapuntakboleh.

Jadi, mari kita!

P/s: Semua kiraan di dalam entri ini telah pun dikemaskini pada 22/1/2016 dengan kadar tukaran wang 1 SGD = RM3 untuk memudahkan pengiraan pembaca. Ah tak best betul ringgit turun ni.

P/s: Great news! Entri ini telah dikemaskini sekali lagi pada 28/3/2016. Link untuk setiap website yang berkaitan telah dimasukkan. And jangan lupa tengok video dekat bawah! ;) 


Monday, 4 May 2015

Melepak di Konti Era


Assalamualaikum dunia blog yang kian sepi dilambung ombak tsunami! Lets make it short, pagi tadi, selepas discussion berkenaan dengan satu kempen media sosial yang telah pun aku tolak mentah mentah kerana aku tak mampu untuk duduk bertweet selama beberapa minggu dengan konsisten (itu datang dari tahi twitter; aku), aku telah pun ke pusat pengurusan sebuah organisasi yang kian dibenci orang ramai kerana meletakkan harga sesuka suki mak bapak dan anak jiran sebelahnya untuk langganan siaran premium.

Ya! Astro lah tu! Apa benda lagi yang dibenci rakyat Malaysia marcapada kini?


Saturday, 2 May 2015

Nostalgia 10 Tahun: Baik Punya Cilok!


Salam sejahtera dan Salam 106Malaysia! Minggu lepas, berbekalkan bil akaun Astro ayah yang kini aktif untuk tahun ke 17 (Mula melanggan pada tahun 1998), aku telah menebus dosa empat tiket untuk menonton teater "Baik Punya Cilok", sebuah filem arahan Afdlin Shauki dan kroninya yang diterbitkan pada tahun 2005.

Aku ingat lagi dulu masa kecik kecik, ayah bawak balik VCD Baik Punya Cilok. Bukan main dasyat lagi cerita tu, sampai calar balar CD tu aku dok replay dekat VCD player ayah. Kahkahkah. Signifikannya, bekas VCD original untuk filem ni akan lonjong sedikit daripada bekas filem filem lain. Entah apa trendnya masa tu, VCD nasyid pun sama, panjang melonjong sikit daripada bekas biasa.


Monday, 6 April 2015

Perihal Gig Setempat.


Ola mi amor! Riang hatiku badan bertuah! Punya teman yang comel dan manja! Haaaa kanmain gembira aku sambil menulis entri sambil dengar Seleksi Hits Sudirman Haji Arshad. Bukan bukan juga feeling dia menulis blog di musim peperiksaan akhir ni. Naik syeh oi. 

Oooorang biasa! Baaaasikal tua! 

Kelmarin, aku ada pergi menonton gig indie. Aku budak mainstream mana lah layan benda benda gig ni sangat. Pelik juga feeling dia bila aku sanggup merelakan diri untuk pergi ke tempat tempat penuh maksiat sebegitu untuk menyelami jiwa muda mudi rakyat Melaka yang bersifat alternatif dan indie


Wednesday, 11 March 2015

Perihal AJL29 : Teori Kemenangan

Muka "Qu Puteh baru le puteh"

Aku tak faham juga kenapa post ni lambat aku tulis.

Dua bulan lepas (pergh baru nak tulis blog ke siut) aku ada la pergi ke majlis yang lagha lagi memaksiatkan paling dinanti - nanti peminat industri muzik mainstream tanah air, Anugerah Juara Lagu yang dah masuk penganjuran kali yang 29 tahun ni. 

Alkisahnya aku dekat Lendu, tengah makan nasi. Tiba tiba nampak @Nisa_Kay tuit, "Ada lagi tiket free ni. Siapa nak?". Sebab aku kenal secara alam mayonis (baca: maya) je dengan Nisa Kay, aku pun gurau gurau lah kabor ke dia, aku nak tiket tu. Sudahnya, tengah tengah buang air tiba tiba rasa gian nak bawak kereta ke Kuala Lumpur, apa lagi, aku bawak lah tenggiling besi aku tu dengan speed 170km/j sampai ke Bukit Jalil.